‘Arkitek masa depan bioekonomi’ dalam biodiversiti dan bioteknologi sedang dipersiapkan seiring usaha Sarawak untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi dan kelestarian.
Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SBC Margarita Naming pada Majlis Pembaharuan dan Pertukaran Perjanjian Perkongsian Faedah (BSA) antara Majlis Biodiversiti Sarawak dan komuniti MadhuSara di sini, hari ini.
“Kita sedang mempersiapkan generasi muda untuk menjadi arkitek masa depan bioekonomi kita,” katanya.
[Read More...]